NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN


Kami ingin mengumumkan bahawa perkhidmatan Tronexus akan ditutup bermula 17/1/2019 disebabkan perkhidmatan MVN Tron dengan DiGi telah ditamatkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tron.com.my.

Kami memohon maaf kepada semua ahli Tronexus yang terlibat diatas segala kesulitan. Dengan ini kami ingin memaklumkan kepada semua ahli Tronexus:

1. Disebabkan oleh penamatan perkhidmatan dari pihak Tron, Tronexus akan melancarkan satu program rujukan baru yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih bagus dan lebih baik untuk semua ahli.

2. Tronexus sedang merancangkan pelan baru dengan pihak berkoperasi dan prosesnya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk integrasi.

3. Perkhidmatan pilihan bagi Tronexus adalah TuneTalk. Kami menggesa kepada semua ahli Tronexus untuk memindahkan perkhidmatan telekomunikasi mereka ke TuneTalk untuk mengekalkan keahlian anda bersama kami.

4. Ahli Tronexus yang telah berjaya berpindah ke TuneTalk Prepaid melalui pautan yang kami sediakan akan dapat mengekalkan nilai bonus yang sebelumnya.

5. Sepanjang tempoh ini, semua faedah akan dibekukan untuk sementara waktu sehingga system sedia untuk beroperasi.

6. Semua ahli Tronexus yang telah memilih untuk meneruskan keahlian mereka akan dijemput untuk menyertai program baru ini sebagai perintis.

7. Walau bagaimanapun, ahli yang memilih untuk meninggalkan Tronexus, akaun keahliannya akan ditutup mengikut terma dan syarat dari Tronexus.

8. TuneTalk menawarkan SIM Percuma dan Penghantaran SIM Percuma secara eksklusif untuk semua pelanggan Tronexus sedia ada. Ahli Tronexus boleh melayari https://www.halotelco.com/directportin untuk pendaftaran pindahan perkhidmatan ke TuneTalk.

Kami dengan dukacitanya memohon maaf atas segala masalah yang dihadapi oleh semua ahli Tronexus sejak 13/12/2018. Kami berharap dapat terus menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua ahli dan berharap semua ahli boleh memahami keadaan yang tidak dijangka. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan ahli sekalian dan kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk membantu ahli kami berpindah ke TuneTalk.

Mengharapkan perkhimatan kami akan dapat sokongan daripada Ahli Tronexus lagi. Jumpa anda di Tune!

  Loading...